Forum&Chat mypbm
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CERITA LAGENDA

+10
Amat Abon
CTNor
dragon
Atong
walloh
*ROSMAH*
~lampuyang~
CIKANG_LASTIK
**ejaaj**
RATUDUYUNG
14 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

CERITA LAGENDA Empty CERITA LAGENDA

Post by RATUDUYUNG Wed Jun 17, 2009 5:33 pm

CERITA LAGENDA Klfm122480470

Lagenda Pak Kadok & Ikan Tapah.

Lagenda
Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana
menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan
atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja


Asal Yang Empunya Cerita

Cerita
ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam
Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat
sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau
dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963
dalam usia 90 tahun.


Bermulanya Kisah

Di zaman
pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah,
permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu
temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini
melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah
Sultan.


Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang
pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama
Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat
baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama
Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor
Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya
dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di
sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap
ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah
satu permainan yang amat digemarinya.


Ayam

Pada
suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur
ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian
ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil
telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya
menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring
Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan
sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak
mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak
menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan
asalkan dia dapat menyabung ayam.


Pertarungan Ayam

Berita
kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu
baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang
ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.


Kekalahan

Sebagaimana
yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan
Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi
dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman
dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka
dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa
menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada
Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor
kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di
rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk
pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing
Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan
tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya
kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan
memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga
begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing
sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk
pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah
atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas
dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki
daripada Tuhan.


Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit
perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan
berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke
dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai
hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri
aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia
entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan
Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit
gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat
hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk
pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak
isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan
sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan,
kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.


Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya
dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat
secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka
ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang
Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan
bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan
isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala
nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman
damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta
melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara
luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar
Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada datok bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang puteri limau purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki Emas Ikan Tapah yang ada, ianya berbentuk Empat segi Iris Wajik digunakan sebagai kerongsang baju wanita. jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan kaduk jika terkena bisa IkanTapah.

sekarang Emas kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Bt Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.
huuuhhhhh.. panat nya mangatik.[/size]
[/size]
pale
research
RATUDUYUNG
RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts : 1320
Points : 1380
Join date : 25/05/2009
Age : 103
Location : Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by **ejaaj** Wed Jun 17, 2009 7:17 pm

oooo..ye ke?...

macamtu rupanyaaa.....

apa2 pun.....

akhirnya....!!!!

yahooooo...!!!!!

best best best best best best best best
**ejaaj**
**ejaaj**
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 661
Points : 686
Join date : 27/05/2009
Age : 49
Location : serdang

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CIKANG_LASTIK Wed Jun 17, 2009 7:20 pm

sreettttt... creetttttt parking style drift.. parking satumat lah.. korek telinga
CIKANG_LASTIK
CIKANG_LASTIK
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 499
Points : 503
Join date : 10/06/2009
Location : Dunia Digimon

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by ~lampuyang~ Wed Jun 17, 2009 8:05 pm

chu bukn nk komen kisah lagenda ni..tp chu nak gelakkan CIkang Lastik..

guling
~lampuyang~
~lampuyang~
Kolonel
Kolonel

Posts : 2228
Points : 2238
Join date : 22/05/2009
Age : 52
Location : shah alam

http://http:/www.tagged.com/joreezhanna

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by *ROSMAH* Wed Jun 17, 2009 8:29 pm

Asa suah dah aka ros mambaca cerita ni tapi di mana leh???

Kak ros ni, sungguh pun di padah'akan orang kolot tapi rajin haja mambaca amun tatamu buku apa pun!!

Tapi kolot2 pun, kak ros ni ba'ganak dalam Bandaraya Kuala Terengganu..

CERITA LAGENDA 23_33_7
*ROSMAH*
*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 6093
Points : 6137
Join date : 29/05/2009
Age : 67

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by walloh Wed Jun 17, 2009 9:44 pm

Botak pang Pak Kaduk leh.Hanyar suah maniring rupa Pak Kaduk sarajin tuh mandangar caritak hajak.
Ikan Tapah tu basasingut,lakik lukoleh amun yang babinian kayak apak leh,basasingut lah juak.

~walloh~ Tapah batumpi sadap. makan
walloh
walloh
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II

Posts : 546
Points : 555
Join date : 24/05/2009
Age : 42
Location : epoh,pirak

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by Atong Wed Jun 17, 2009 9:49 pm

"Mulai
hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri
aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia
entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan
Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit
gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat
hidupnya."

syah soheh!!!

gua bukan keturunan pak kaduk pasal wa dah bantas ikan tapah

kadak lacop ka bengkak awak!!!



~Atong~bukan lagenda, hanya manusia biasa
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CIKANG_LASTIK Wed Jun 17, 2009 9:54 pm

nih.. kak ros.. nih kira caritak pasal ada keturunan intang perak. ( belah lambor ) jar.. bilamana yang keturunan tersabit sumpah tu.. makan ikan tapah... awak dipak nih akan jadi lamahan + gatal2 merah... ( kira kena sumpahan la konon tuh ).. cara menawarnyak ujar la...kana nginum banyuk yang dirandam awan brg kemas yg ta ulih dpd parut ikan tapah tuh... tah bujur atau kadak wallahuallam ...sreetttttt creettttt parking pinggir sambil ulah drift sepam 2 korek telinga
CIKANG_LASTIK
CIKANG_LASTIK
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 499
Points : 503
Join date : 10/06/2009
Location : Dunia Digimon

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by RATUDUYUNG Wed Jun 17, 2009 9:58 pm

harap maaf lah sabarataan. ka silapan amat di kesali. cerita lagenda ni tarsalah wadah.
gatal kahandak nya di wadah karya/budaya/bahasa paninian tuh!

kakROS mana kolot.. mun kolot kada bisa mangatik di komputer nih..
CERITA LAGENDA 07buDeHWm
RATUDUYUNG
RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts : 1320
Points : 1380
Join date : 25/05/2009
Age : 103
Location : Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by *ROSMAH* Wed Jun 17, 2009 10:08 pm

Memang sah, kak ros dah suah mambaca carita nih!!

Kak ros ni dah ka babanyak kan mambaca buku2 cerita, dari cerita kanak2, lagenda2, sampai ka novel2..

Memang tu hobi kak ros!! research
*ROSMAH*
*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 6093
Points : 6137
Join date : 29/05/2009
Age : 67

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CIKANG_LASTIK Wed Jun 17, 2009 10:11 pm

pasal sumpahan tuh tak bujur tak kadak.. tapi suah la masuk mastika... tahuam.. bujur kah kadak kah.. carita beharik pang
CIKANG_LASTIK
CIKANG_LASTIK
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 499
Points : 503
Join date : 10/06/2009
Location : Dunia Digimon

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by RATUDUYUNG Thu Jun 18, 2009 9:59 am

mun cerita lagenda ni bujur banaran CIKANG ai.. sama ai jua awan cerita lagenda mashuri. amun cerita mentos kada pasti la..
bujur jua kah ejaan mentos tu..
amun kada bujur. bujur kan lahh.. hahaha..
research
RATUDUYUNG
RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts : 1320
Points : 1380
Join date : 25/05/2009
Age : 103
Location : Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CIKANG_LASTIK Thu Jun 18, 2009 10:03 am

amun kadak bujur.. lunjung darai lagik... amun kadak lunjung gipih pang... korek telinga
CIKANG_LASTIK
CIKANG_LASTIK
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 499
Points : 503
Join date : 10/06/2009
Location : Dunia Digimon

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by *ROSMAH* Thu Jun 18, 2009 10:18 am

Mentos tu gula batu RD'ai..
Mitos...
Negeri kita ni memang kaya wan lagenda..
Tapi amun kadada bukti lagenda tu ada, tu nang di sambat orang cerita dongeng..
Wallahualam..
*ROSMAH*
*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 6093
Points : 6137
Join date : 29/05/2009
Age : 67

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CIKANG_LASTIK Thu Jun 18, 2009 10:22 am

kalau nk cie bab bab mitologi nie.. seribu satu mlm tak abis... byk kadak ingatan dh cerita 2 lawas.. korek telinga
CIKANG_LASTIK
CIKANG_LASTIK
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 499
Points : 503
Join date : 10/06/2009
Location : Dunia Digimon

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by RATUDUYUNG Thu Jun 18, 2009 10:37 am

CERITA LAGENDA 23_30_126CERITA LAGENDA 23_30_126

timakacih kakROS mambujur kan. imbah am! tamakan gula kucup.. hahaha.. :sillyk
RATUDUYUNG
RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts : 1320
Points : 1380
Join date : 25/05/2009
Age : 103
Location : Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by RATUDUYUNG Sun Jun 21, 2009 8:53 pm

hagan kulaan sebarataan.
happy father's day friend.
CERITA LAGENDA 00lT052sNsp


RATUDUYUNG
RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts : 1320
Points : 1380
Join date : 25/05/2009
Age : 103
Location : Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by **ejaaj** Sun Jun 21, 2009 10:41 pm

CIKANG_LASTIK wrote:nih.. kak ros.. nih kira caritak pasal ada keturunan intang perak. ( belah lambor ) jar.. bilamana yang keturunan tersabit sumpah tu.. makan ikan tapah... awak dipak nih akan jadi lamahan + gatal2 merah... ( kira kena sumpahan la konon tuh ).. cara menawarnyak ujar la...kana nginum banyuk yang dirandam awan brg kemas yg ta ulih dpd parut ikan tapah tuh... tah bujur atau kadak wallahuallam ...sreetttttt creettttt parking pinggir sambil ulah drift sepam 2 korek telinga

Eja pernah berjiran dengan seorang nenek berasal dari perak...
nenek ni pun ada bagitau eja yang dia (keturunannya)tak boleh makan ikan tapah ...
jadi gatal2 N merah2...
tapi eja tak tanya ler pulak cara menawarnya....
kesian tengok nenek tu beria2 menerangkan apa yg dia cerita....hehehe...
sebab eja tak berapa paham sleng perak dia pekat sangat!!!


flower flower flower flower
**ejaaj**
**ejaaj**
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 661
Points : 686
Join date : 27/05/2009
Age : 49
Location : serdang

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by walloh Sun Jun 21, 2009 10:56 pm

Patut la harag ikan tapah di parit murah
walloh
walloh
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II

Posts : 546
Points : 555
Join date : 24/05/2009
Age : 42
Location : epoh,pirak

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by walloh Sun Jun 21, 2009 11:04 pm

Peringatan akhir sabalum talambat
Taip 1 untuk rebat 1,2 hagan rebat 2 dan setarusnya dan hantar ke 362438 sabalum 23:30 mlm ini

1.18 tahun hinggak 29 tahun layak manuntot rebat 3 kali
2.30 tahun hinggan 45 tahun layak manuntot rebat 2 kalik
3.45 tahun dan ka atas layak sakalik hajak
4. MENOPAUSE -kadak layak manuntot,pandai pandailah mambawa dirik
walloh
walloh
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II

Posts : 546
Points : 555
Join date : 24/05/2009
Age : 42
Location : epoh,pirak

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by dragon Tue Jun 30, 2009 5:10 pm

ooo kaitu kisah pak kaduk lih!

salama ni asanku pak kaduk wan pak pandir tu badangsanak...
dragon
dragon
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 4129
Points : 4147
Join date : 15/06/2009
Age : 45
Location : Batu Pahat

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by **ejaaj** Tue Jun 30, 2009 5:19 pm

makan ...eja suka makan pucuk kaduk.... tongue
**ejaaj**
**ejaaj**
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 661
Points : 686
Join date : 27/05/2009
Age : 49
Location : serdang

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by dragon Tue Jun 30, 2009 5:26 pm

**ejaaj** wrote:makan ...eja suka makan pucuk kaduk.... tongue

hingkat di makankah pucuk Kaduk?? Very Happy
dragon
dragon
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 4129
Points : 4147
Join date : 15/06/2009
Age : 45
Location : Batu Pahat

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by **ejaaj** Tue Jun 30, 2009 5:31 pm

ilat ...la tak tahu ke..?klu makan pucuk kaduk bole awet muda...
**ejaaj**
**ejaaj**
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 661
Points : 686
Join date : 27/05/2009
Age : 49
Location : serdang

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by CTNor Tue Jun 30, 2009 6:09 pm

Pucuk kaduk aku kada suah tahaga...mun pucuk buas ada ai batanaman di halaman rumah...

Sadap dimakan wan sambal balacan..nyum nyummmm
CTNor
CTNor
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 634
Points : 640
Join date : 22/05/2009
Age : 54
Location : Pasir Gudang

Back to top Go down

CERITA LAGENDA Empty Re: CERITA LAGENDA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum