Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Sun Jul 12, 2009 12:00 am

PERTAMA.... perkataan KELISA tu sebenarnya tidak berapa tepat.... Yang
sebenarnya KELESA... ( Kelisa tu nama kacang botor/kacang kelisa)....
Tapi dah jadi sinonim dalam masyarakat Malaysia, nama kereta Kelisa,
nama filem kelisa dll.....Kalau dulu kamus Dewan menamakan ikan ni
KELESAH... tapi dalam edisi baru dah bertukar jadi KELISA.... Tak
apalah, kelisa pun kelisalah....

KEDUA, saya terpanggil untuk
bercerita pasal kelesa ni apabila tajuk ini mulai diperbualkan di AB.
Saya tidak dapat merepon tajuk tersebut kerana baru keluar dari
hospital.... Sekarang saya ingin berkongsi maklumat kerana saya
terlibat secara langsung dengan pekerjaan menangkap kelesa ini sebelum
saya menjawat jawatan kerajaan.... Saya dapat membeli motor SUZUKI
GP100 dengan duit ikan dan membawanya ke Universiti Malaya, Kuala
Lumpur…. Manakala abang saya dapat membuat rumah batu dari hasil
pekerjaan menangkap ikan kelesa selepas berhenti dari menjadi tentera….
Malahan satu sebab kenapa beliau meninggalkan perkhidmatan tentera
adalah kerana KELESA.

Semasa saya kecil dahulu (1968 hingga
1973) seekor induk kelesa hanya berharga RM15/-. Malah ketika itu ramai
yang mengail ikan ini hanya untuk dibuat LAUK!!!!
Ketika itu ikan
ini cukup banyak dan kurang dihargai… Oleh kerana ketika itu ia amat
banyak, ia dapat ditangkap dengan pancing menggunakan umpan rama-rama,
lipas, lipas tanah (lepek), pepatung atau kalau yang besar dan garang
kita gunakan keratan badan LIPAN..!!!! Ia beransur-ansur mahal dan di
sekitar tahun 1990 anak kelesa sebesar batang mancis api, sudah
mencecah harga RM2000. Sekarang ini difahamkan harga anak kelesa
sepanjang mancis api sudah mencapai RM5000/-

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by *ROSMAH* on Sun Jul 12, 2009 1:24 am

Kak ros katuju bangat malihat ikan kelesa ingunan ninto!!
Amun di kadai ikan ingunan, memang cari'ik ikan kelesa pang dahulu!
handak manukar kada mampu, malihat barang!!
Saja ba takun anu tauke cina, berapa harga??

Suah ba inguk ikan halui2 haja, tu gin lawas2 habis matian!!

*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts: 6088
Points: 6132
Join date: 29/05/2009
Age: 55

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by RATUDUYUNG on Sun Jul 12, 2009 2:02 am


bahari gawian abah RD mancari ikan. ikan seluang habang,ikan cokelat. dijual ditanjung p.pinang
mun bahari abah RD dapat ikan kelisa nih memang nyaman diulah lauk.. je..
mun wahini yg ba'ingunan ikan kelisa. sugih pang.

cheers cheers cheers

RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts: 1320
Points: 1380
Join date: 25/05/2009
Age: 91
Location: Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by angahmiji@AM on Sun Jul 12, 2009 7:27 am

RATUDUYUNG wrote:

bahari gawian abah RD mancari ikan. ikan seluang habang,ikan cokelat. dijual ditanjung p.pinang
mun bahari abah RD dapat ikan kelisa nih memang nyaman diulah lauk.. je..
mun wahini yg ba'ingunan ikan kelisa. sugih pang.

cheers cheers cheers


Batakun ni, RD nandu kah awan Busu Achil (Haji Jawawi) tu.

angahmiji@AM
Mejar
Mejar

Posts: 1181
Points: 1189
Join date: 22/05/2009
Location: AU 3/8, KERAMAT AU, HULU KELANG, KL

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by angahmiji@AM on Sun Jul 12, 2009 7:34 am



Ikan Kelesa (Arowana).

angahmiji@AM
Mejar
Mejar

Posts: 1181
Points: 1189
Join date: 22/05/2009
Location: AU 3/8, KERAMAT AU, HULU KELANG, KL

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Sun Jul 12, 2009 7:39 am

Ikan kelesa A M harat tokoh nya........

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Sun Jul 12, 2009 8:32 pm

Apabila ikan ini semakin berkurang, pencari ikan akan menanti sekitar
bulan 11/12 apabila musim banjir berakhir…. Semua kubang akan diredah
dengan sampan untuk MENYAUK anak ikan ini. Caranya ialah pergi di waktu
malam kerana anak kelesa dikenali kerana matanya yang bewarna merah.
(Mata anak udang juga bewarna merah…)
Penangkapan anak kelesa ini
dibuat secara berkumpulan sekitar 4/5 orang dalam satu kumpulan…. Dari
pengalaman, dalam satu musim, setiap kumpulan akan mendapat sekitar 20
hingga 50 ekor anak kelesa….!!!!

Kelesa emas (Golden Arawana)
atau Kim Leng hanya terdapat di Daerah Kerian dan Daerah Kecil
Selama... Di tempat lain, walaupun ada, ikan kelesa tersebut bukan
jenis kelesa emas. Walaupun setiap kali bercerita pasal ikan ini orang
akan mengaitkan sebagai berasal dari Bukit Merah, sebenarnya ia lebih
banyak hidup di Sg. Kerian (termasuk Sg. Samagagah di Alor Pongsu)
sehingga ke Kuala Sg. Ijok…. Dari Sg. Ijok, Selama ia terdapat sehingga
dalam 25 km arah ke ulu sungai ini yang melibatkan Kg. Tebing Tinggi,
Selama membawa ke Pondok Tanjung. Dari sungai ini aliran airnya turut
masuk ke tasik Bukit Merah apabila musim banjir berlaku. Habitat ikan
ini ia akan keluar dari sungai semasa banjir dan melepaskan anaknya di
dalam kubang-kubang sebelum masuk kembali ke sungai apabila air surut.
Anak kelesa yang hidup selama semusim di kubang-kubang akan membesar
sebelum masuk ke sungai bila menjadi dewasa.

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by hasbima@abe on Sun Jul 12, 2009 10:01 pm

panarangan nang panjang lebar pasal kalesa
oleh Tuan Waw

wahini kalesa ada di atas jalan raya
tu pang hebatnya kalesa



786lav

hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15607
Points: 15719
Join date: 13/06/2009
Age: 50
Location: tamaloh

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by angahmiji@AM on Sun Jul 12, 2009 11:20 pm

Damini banyak kadai ikan maimport anak ikan ni dari Indonesia , terutama dari Kalimantan, misal nya arowana red Golden, blood red, chilli red, mahal jua harga nya RM 2800 saikong.

angahmiji@AM
Mejar
Mejar

Posts: 1181
Points: 1189
Join date: 22/05/2009
Location: AU 3/8, KERAMAT AU, HULU KELANG, KL

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Sun Jul 12, 2009 11:25 pm

wayah di Indo....kawan ku manukar dalam RM 100......


Takurehing kastam di Pasir Gudaaaaaang.........


ikan macam ni pun bawa balek.....ha ha ha

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by RATUDUYUNG on Mon Jul 13, 2009 8:12 am

AM wrote:
RATUDUYUNG wrote:

bahari gawian abah RD mancari ikan. ikan seluang habang,ikan cokelat. dijual ditanjung p.pinang
mun bahari abah RD dapat ikan kelisa nih memang nyaman diulah lauk.. je..
mun wahini yg ba'ingunan ikan kelisa. sugih pang.

cheers cheers cheers



Batakun ni, RD nandu kah awan Busu Achil (Haji Jawawi) tu.


labih pada nandu AM ai.. abg awie tu.. abg sapupu RD. ayah nya.. abg abah RD yang ko hiyau ALANG. alang ajir. arwah hudah.. al-fatihah..
bahari gawian nangkap ikan jua.. heeeee..
What a Face

RATUDUYUNG
Mejar
Mejar

Posts: 1320
Points: 1380
Join date: 25/05/2009
Age: 91
Location: Sentul W. Persukutuan KUALA LUMPUR/Asal BKT. MERAH TAIPING PERAK.

http://tagged.com/ratuduyung

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by kurenggg on Mon Jul 13, 2009 11:49 am

wa bahargu kelisa kada suah...

bahargu ikan puyu biasa haja,,,

ngintu gin aur berabut awan memarang....

alien

kurenggg
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts: 134
Points: 134
Join date: 18/06/2009
Location: Tg Karang

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Mon Jul 13, 2009 1:33 pm

tulang kaki mamerang ada guna nya......

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by *ROSMAH* on Mon Jul 13, 2009 3:37 pm

Amun tulang kokang tahu'ai guna nya Waw'ai!! guling kalikir

Amun tulang memarang makaam kak ros kada tahu he..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts: 6088
Points: 6132
Join date: 29/05/2009
Age: 55

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Mon Jul 13, 2009 3:39 pm

ko kang tu ada dua.......


satu hagan pengasih.....

satu lagi hagan mencerai berai kan urang.......

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by *ROSMAH* on Mon Jul 13, 2009 3:50 pm

Oohhh!!
Tahu ha' tu..

Kak ros gin mandangar ujar orang narai, kada suah malihat tulang kokang jua lagi..

*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts: 6088
Points: 6132
Join date: 29/05/2009
Age: 55

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Mon Jul 13, 2009 3:52 pm

mun handak tulang kokang kana bapadah ka urang asli,.......



dipa mancari satumat jua.......

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by *ROSMAH* on Mon Jul 13, 2009 3:57 pm

Kada wanik mambawa bulik waw'ai..

Kada gasan nangapa juahak!!
Kaluko mambanyaki dosa amun ba'isi tulang kokang ninto he... manja

*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts: 6088
Points: 6132
Join date: 29/05/2009
Age: 55

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Mon Jul 13, 2009 10:26 pm

(Dalam kes ini saya akan menggunakan istilah ikan kelesa tasik bagi
yang ditangkap di Tasik Bukit Merah dan ikan Kelesa Changkat Lobak bagi
kelesa yang ditangkap di Sg. Kerian, Sg. Samagagah, Sg. Beriah atau Sg.
Ijok…)

Di Sg. Kerian ikan kelesa ini menjadi punca rezeki bagi
penduduk di dua negeri, Perak dan Kedah. Apabila harga ikan ini semakin
meningkat timbul persefahaman supaya mereka tidak menangkap induk
kelesa dan sekiranya tertangkap diminta melepaskannya kembali ke
sungai. Pernah terjadi kekecohan apabila beberapa induk kelesa
ditangkap oleh pencari ikan ini di sebelah negeri Kedah yang
kemudiannya menjadi perbalahan sehingga Penghulu Lubuk Buntar, Kedah
dan Penghulu Mukim Beriah, Alor Pongsu masuk campur….

Di Tasik
Bukit Merah pula kebanyakan kelesa didapati di sebelah utara tasik
iaitu kawasan 1/3 air yang dipisahkan oleh jalan keretapi…. manakala di
bahagian 2/3 lagi ikannya tidak begitu banyak…. Lagipun ikan yang
didapati di bahagian ini diragukan keasliannya aseklarang ini kerana
telah bercampur dengan benih kelisa lain (Menjadi kegemaran pemelihara
ikan kelisa jenis biasa akan melepaskan ikan peliharaannya di tasik ini
bila sudah jemu memeliharanya. Akibatnya apabila ia mengawan dengan
kelisa emas, baka yang dihasilkan sudah tidak asli lagi. SEBAB ITULAH,
hanya mereka yang arif dengan ikan ni seperti Pak Ndak Talib dan Ahmad
Don dapat mengenali ikan kelisa emas yang asli…..

Ikan kelesa
dari Bukit Merah badannya pendek dan gemuk, manakala ikan kelisa dari
Changkat Lobak lebih panjang dan menarik… Taukeh Cina (Pembeli utama
ikan kelisa) lebih menggemari kelesa Changkat Lobak…!!!!!!

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Re: Maharagu Kelesa Oleh Busu Achil

Post by waw on Mon Jul 13, 2009 11:40 pm

Beberapa tahun lalu, Majalah 3 ada membuat liputan pasal kelesa dan
cara penangkapannya di Changkat Lobak, di mana Pak Ndak Talib dan
beberapa orang kampung saya turut ditemubual…..........



Pada
awal 70an dan 80an, setiap kali mendapat kelesa kami akan menjualnya ke
Tanjung (Pulau) dan apabila pulang kami akan membawa beberapa plastik
besar berisi oksigen. Oksigen ini diperlukan untuk proses penjualan
berikutnya….Ketika itu tiada peraih yang datang ke kampung kami.
Apabila pekerjaan menangkap ikan ini sudah jadi punca pendapatan
lumayan, seorang penduduk kampong kami bermodal untuk membeli ikan yang
ditangkap. Bertahun-tahun beliau bertatih adalam bidang perniagaan ini.
Ada ketikanya selepas mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit, anak
kelesa yang dibelinya mati dalam peliharaan sebelum sempat ‘ditolak’
pada taukeh di Penang. Puncanya terlalu remeh, tersilap memberi
makan…!!!! Anak kelesa yang kecil diberi belalang dan ada ketikanya ia
mati kerana kaki belalang atau cengkerik tersangkut diinsangnya…!!!!
Sebab itulah hanya makanan yang lembut diberi padanya. Apabila besar
barulah anak ikan dijadikan makanan utamanya….

waw
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts: 15974
Points: 16046
Join date: 23/05/2009
Location: di pinggir Selat Melaka

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum