Forum&Chat mypbm
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

+11
CTNor
~Tukaras~
kurenggg
hasbima@abe
~lampuyang~
walloh
Dandan Setia
**ejaaj**
*ROSMAH*
AJ
along_putera
15 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by along_putera Sat Jun 13, 2009 3:44 pm

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Selanjutnya....

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar- ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yangbuncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an........................................

............Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan." Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengarsuara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagisambil berguling- guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidakmampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia matibersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia!!!!!! Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan- lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadimenyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa !!! Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapimereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit- jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
along_putera
along_putera
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 138
Points : 173
Join date : 23/05/2009
Age : 41
Location : Tg Malim-Teluk Intan-Sg Besar

http://www.alonglyen.blogspot.com

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by AJ Sat Jun 13, 2009 3:59 pm

dalam manusia banyak pang warik, tagak dalam warik dikda manusia
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by *ROSMAH* Sat Jun 13, 2009 4:04 pm

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_44Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_44Manitik banyu mata kak ros mambaca nya..

Ada ha' jua nang bisa ba'carita kayak along putera nih... syabas AP!! kak ros caya lu!! Nang dudik, sa belum di send, semak dahulu ejaan!!

Tapi tak apa lah, orang faham isi cerita nya..
Buat lagi carita lain AP ye!!!
*ROSMAH*
*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 6093
Points : 6137
Join date : 29/05/2009
Age : 67

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by along_putera Sat Jun 13, 2009 5:14 pm

kak ros wrote:Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_44Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_44Manitik banyu mata kak ros mambaca nya..

Ada ha' jua nang bisa ba'carita kayak along putera nih... syabas AP!! kak ros caya lu!! Nang dudik, sa belum di send, semak dahulu ejaan!!

Tapi tak apa lah, orang faham isi cerita nya..
Buat lagi carita lain AP ye!!!

urang mengirim kita berkongsi haja kak ros.. mintak maaflah amun ada tulisan nang kada bujur.. semoga menjadi ikhtibar kepada kita.. barelaan leh..
along_putera
along_putera
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 138
Points : 173
Join date : 23/05/2009
Age : 41
Location : Tg Malim-Teluk Intan-Sg Besar

http://www.alonglyen.blogspot.com

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by along_putera Sat Jun 13, 2009 5:15 pm

waw wrote:A P....urang anom......musti pandai manulis

kada nya kaya angah nang tuha nia.....

Tahniah.....teruskan ba karya.....

manang ada bisa manulis.. mengagarampot bisa.. hehehehehe... umai lawas kada hujan.. sasakali nireng coretan nang kainik handak tatangis jua.. hehehehe
along_putera
along_putera
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 138
Points : 173
Join date : 23/05/2009
Age : 41
Location : Tg Malim-Teluk Intan-Sg Besar

http://www.alonglyen.blogspot.com

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by **ejaaj** Sat Jun 13, 2009 5:48 pm

sedih sedih sedih sedihnya cerita ni...huhuhu
ngapa kadang2 manusia hilang sifat KEMANUSIAAN..

betapa agungnya cinta dan kasih sayang ibu..(walaupun hanya seekor haiwan)...

"seorang ibu yang kesakitan bertarung nyawa sewaktu melahirkan anak...hilang segala kesakitan sewaktu mendakap anak yg baru dilahirkan"

hanya insan bergelar ibu saja yang tahu perasaan itu...
bapak-bapak tahu apa...!!! hehehehe....
yang dia tahu silap sikit aje sibuklah nak buka kilang baru...

hargailah insan yg bergelar ibu....isteri...mahupun wanita...
layanlah mereka selayak-layaknya
... mz
**ejaaj**
**ejaaj**
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 661
Points : 686
Join date : 27/05/2009
Age : 49
Location : serdang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Dandan Setia Sat Jun 13, 2009 7:20 pm

Woittt ejaaj..
Bapak-bapak jgn disambat k..
Amun kadada bapak kayaapa ibu handak mangandung..
Bapak yang bahampas pulas
batungkus lumus
bahantak sundul manyundul
Babinian napang tih bahangkangan juapang
tapintang gin umpat juha maudar!!

Amun Kadada bapak handak jadi apa dunia nia
kaya warik tutih haja kah!
atau kaya hayam
pantang mauk balaluan manyingkeng!!!!

Mambuka cawangan memang dibari'akan
Babinian yang kada bulih k

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_29Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_28Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_30


Dandan Setia
Dandan Setia
Mejar
Mejar

Posts : 1116
Points : 1203
Join date : 23/05/2009
Location : Epoh, Pirak

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Dandan Setia Sat Jun 13, 2009 7:42 pm

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 4_2_111v

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 4_2_205


Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 4_2_103


Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 4_14_6


Dandan Setia
Dandan Setia
Mejar
Mejar

Posts : 1116
Points : 1203
Join date : 23/05/2009
Location : Epoh, Pirak

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by walloh Sat Jun 13, 2009 7:58 pm

SmileyCentral.com hijak akan hajak warik tuh bergayutan kayak nih
SmileyCentral.com Jangan dilenyek kasihan warik tuh
walloh
walloh
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II

Posts : 546
Points : 555
Join date : 24/05/2009
Age : 42
Location : epoh,pirak

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by ~lampuyang~ Fri Jun 19, 2009 11:43 am

Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven (lima bintang tuk cerita AP) sedih


(terkenang waktu rotan ank2....)
~lampuyang~
~lampuyang~
Kolonel
Kolonel

Posts : 2228
Points : 2238
Join date : 22/05/2009
Age : 52
Location : shah alam

http://http:/www.tagged.com/joreezhanna

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty ma nuk sia

Post by hasbima@abe Fri Jun 19, 2009 5:53 pm

ka itu pang kisahnya
khutbah jumaat ari jar khatif......
berlaku baiklah pada...........alam, tumbuhan dan haiwan
karana mereka juga mahkluk tuhan
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by kurenggg Fri Jun 19, 2009 6:01 pm

katuju banar.carita tuuuuuu

ahaks alien
kurenggg
kurenggg
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 134
Points : 134
Join date : 18/06/2009
Location : Tg Karang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by ~Tukaras~ Mon Jun 22, 2009 12:25 am

Pariannya dibanjarakan carita AP nih maupang kada jadi sadih manja
~Tukaras~
~Tukaras~
Prebet

Posts : 37
Points : 37
Join date : 16/06/2009

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Dandan Setia Wed Jun 24, 2009 1:06 pm

Amun dibanjar'akan..
Sako banyak yang takurehing dari tatanggis !!

Very Happy
Dandan Setia
Dandan Setia
Mejar
Mejar

Posts : 1116
Points : 1203
Join date : 23/05/2009
Location : Epoh, Pirak

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by CTNor Wed Jun 24, 2009 1:40 pm

Binatang gin ada parasaan ai jua..

Aku ada maingu saikong kucing dari tahun 1999, samalam aku bulik bagawe kucingku tu mati... Crying or Very sad Crying or Very sad

Bujuran saminggu imbah arwah abah maninggal...
CTNor
CTNor
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 634
Points : 640
Join date : 22/05/2009
Age : 54
Location : Pasir Gudang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by kurenggg Wed Jun 24, 2009 1:44 pm

dikde kah yang hang handak behargu angoi..??

alien
kurenggg
kurenggg
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 134
Points : 134
Join date : 18/06/2009
Location : Tg Karang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Atong Wed Jun 24, 2009 1:45 pm

kalikir wrote:
Woittt ejaaj..
Bapak-bapak jgn disambat k..
Amun kadada bapak kayaapa ibu handak mangandung..
Bapak yang bahampas pulas
batungkus lumus
bahantak sundul manyundul
Babinian napang tih bahangkangan juapang
tapintang gin umpat juha maudar!!

Amun Kadada bapak handak jadi apa dunia nia
kaya warik tutih haja kah!
atau kaya hayam
pantang mauk balaluan manyingkeng!!!!

Mambuka cawangan memang dibari'akan
Babinian yang kada bulih k

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_29Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_28Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_1_30





gua baca kan

yg ne lagi menyayat hati

heiii menyayat hati tol la hang punyer posting kalikir!!!




~Atong~menyayat daging di pd
atong atong


Last edited by Atong on Wed Jun 24, 2009 1:48 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : silap la pulok)
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by UmaYani/UY Wed Jun 24, 2009 3:12 pm

Takutannya nireng Kalikir basasarek...

Bujur jua...bapak gin harus dihurmati...

Uma bapak mesti disayangi & dihurmati...

Uma labih sikit la...pasal uma yg mangandongkan & melahirkan kita....
UmaYani/UY
UmaYani/UY
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 3505
Points : 3508
Join date : 22/05/2009
Location : Meru, Klang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by CTNor Wed Jun 24, 2009 4:16 pm

Takutan leh UY..

Aku kada takutan kada mun Kalikir nang basasarek..cuba ikam kurihengi, apa ampih inya basasarik...hehehe
CTNor
CTNor
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 634
Points : 640
Join date : 22/05/2009
Age : 54
Location : Pasir Gudang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by UmaYani/UY Wed Jun 24, 2009 4:23 pm

Ako tangah takureheng ka kalikir ni...taga inya supan ...ako tangah maithi muhanya ni...
Lakas ianya mamalingkan muhanya...payupanan jua aleh Kalikir ni...
Very Happy Smile Very Happy
UmaYani/UY
UmaYani/UY
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 3505
Points : 3508
Join date : 22/05/2009
Location : Meru, Klang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Dandan Setia Wed Jun 24, 2009 4:55 pm

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 28_1_19

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 11_9_16


Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati 36_11_4
Dandan Setia
Dandan Setia
Mejar
Mejar

Posts : 1116
Points : 1203
Join date : 23/05/2009
Location : Epoh, Pirak

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by CTNor Wed Jun 24, 2009 5:11 pm

Han napa jar ku UY ai..mun kita kurehingi apa inya lakas haja kaluar nang warna habang kaya gambar nang tangah tu...

Sakilas ikan dalam banyu, aku tahu haja lakikah, binikah..heheh
CTNor
CTNor
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 634
Points : 640
Join date : 22/05/2009
Age : 54
Location : Pasir Gudang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by kurenggg Wed Jun 24, 2009 5:20 pm

umpat bapingkot d motor KAK ai

ahaks

alien
kurenggg
kurenggg
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 134
Points : 134
Join date : 18/06/2009
Location : Tg Karang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by CTNor Wed Jun 24, 2009 6:01 pm

Ayuhaja..piruhut kuat-kuat takutan kaina mun aku balaju ikam taburirit...
CTNor
CTNor
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I

Posts : 634
Points : 640
Join date : 22/05/2009
Age : 54
Location : Pasir Gudang

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Atong Wed Jun 24, 2009 6:36 pm

hayooo yg cekeding kala ijo to bepingkot

meri takutan!!!!

acik, aper kelas sarjan naek moto!!!!



~Atong~taun depan nak lego harrier
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati Empty Re: Kejamnya manusia.. satu kisah menyayat hati

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum