Forum&Chat mypbm
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu Ulama Tersohor Nusantara

Go down

Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu Ulama Tersohor Nusantara Empty Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu Ulama Tersohor Nusantara

Post by AJ Mon Jun 15, 2009 4:52 pm

Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu Ulama Tersohor Nusantara 68+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nuruddin+al-Banjari
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng,
Ampangan Km 3 Jln Jelebu
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : Selepas Solat Maghrib

Pencinta Ilmu Dijemput Hadir

Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin

Petikan Dari : http://alqasam.blogsome.com/2007/05/15/syeikh-nuruddin-yang-saya-kenali/

Antara
keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi
metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh:
Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah
periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kitamempelajari
kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya
kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti,
Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan
ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah
wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin
dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau
sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi
ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil
Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari
Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1
September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah
suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau
menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan
pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang
di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti
Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah,
Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa
Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih
Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983
beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir
dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda.
Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat
al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada
tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar,
beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada
ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir
sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar
kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab
berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah
menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang
dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau
bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk
Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum