Forum&Chat mypbm
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

+5
Atong
hasbima@abe
waniyan
AJ
Don
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Fri Aug 28, 2009 12:09 am

Kalau ada tanah kosong yang terbiar bolehlah diusahakan , adakah kulaan yang mempunyai tanah terbiar boleh menanam awan pokok gaharu . Hanyar 6 tahun tanam baulih RM 1 juta untuk tanah saekar .Kalau kulaan hanak tahuk lawati http://www.dapat.net/agrotechsupplyandservices .Aku ada mambakalkan anak pokok gaharu ,kalau ada yang hanak tahuk boleh hubungi ako 012-6710953 atau email saadon_06@yahoo.com


Last edited by Don on Fri Aug 28, 2009 12:16 am; edited 2 times in total (Reason for editing : mambujuri atau panambahan)
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by AJ Fri Aug 28, 2009 2:27 am

amun batanam 2 pokok kawa luko leh.?

6 tahun dah ada 2 juta...bah jutawan pang leh
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by waniyan Fri Aug 28, 2009 6:44 am

Don wrote:Kalau ada tanah kosong yang terbiar bolehlah diusahakan , adakah kulaan yang mempunyai tanah terbiar boleh menanam awan pokok gaharu . Hanyar 6 tahun tanam baulih RM 1 juta untuk tanah saekar .Kalau kulaan hanak tahuk lawati http://www.dapat.net/agrotechsupplyandservices .Aku ada mambakalkan anak pokok gaharu ,kalau ada yang hanak tahuk boleh hubungi ako 012-6710953 atau email [url=mailto://saadon_06@yahoo.com
saadon_06@yahoo.com[/quote[/url]]

salam don..! ako handak anak pokok vanila,ada kah..?
waniyan
waniyan
Staf Sarjan
Staf Sarjan

Posts : 452
Points : 458
Join date : 25/07/2009
Location : parak kuburan

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by hasbima@abe Fri Aug 28, 2009 7:58 am

handak batakun awan don
tanah janis kayapa nang susuai
kos penanaman
kos penjagaan,
dan kos lain hampai dapat di ambil gaharu tu

contoh adadikelantan awan bentong pahang
taga lingkup dah...duit pelabur lesap

syarikat gulung tilam...

amun mananam saurang
untung rugi tanggung sendiri

tq don
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Fri Aug 28, 2009 10:34 am

Yang sabujurnya dapatkan maklumat talabih dahulu,masalah penjagaan,anak
pokok dan lain2 berkaitan. Ako ada tanam balakang rumah 34 pokok tapi
tanah lombong kadak sasuai,pokok halui. Amun ada tanah kosong 1 ekar
boleh tanam 1000 pokok dengan jarak 6' x 6'. Tanah paling cantik tanah
bukit sebab pokok gaharu kadak patih ditanam ditanah banjir atau air
bertakung. Panjagaannya amat mudah TT/Tanam Tinggal,paling tidak tahun
pertama penjagaannya dari serangan mahluk perosak atau penyakit.
Setelah baumur 5 tahun ianya disuntik dengan FUNGUS(bahan kimia untuk
ujudkan resin Gaharu), tanpa suntik mungkin perlukan 20-40 tahun untuk
ujukd resin gaharu.Pada tahun ke 6 boleh ditebang untuk dijual (awas
jangan tebang habis tinggalkan 5 kali,dahan baru akan tumbuh dan hasil
kedua boleh diperolehi apabila suntikan ke dua 5 tahun berikutnya dan
hasilnya dipungut hingga ke akar tunjang. Seeloknya tanam sendiri sebab
pokok tersebut berada didepan mata,berhati2 dengan contract farming
jika syarikat diragui. Adingko dah mananam 300 pokok dakat bukit merah
basabalahan despo petrol pump amun tulak sana ako boleh bawakan nireng
pokoknya yang dah ganal
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Fri Aug 28, 2009 10:38 am

dibandang gin adingko tanam hidup, tapi paras akar kena tinggikan jangan sama paras bayuk dibandang atau parit takut mati bila akar tarandam,kalau banyak air daunnya berwarna kuning
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Fri Aug 28, 2009 10:42 am

Kawanan ko dah tanam labih 2 juta pokok di laos, ako banyak balajar dari dia dan kawanaku yang lain yang ada pagalaman labih 10 tahun dalam mengusahakan gaharu(maksudku pambakalku).Rugi kita amun kadak maambil paluang ini.Aku jualanak pokok gaharu jenis sub integra minyaknya mencecah RM60,000 labih sekilogram bergantung pada kualiti minyak
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Fri Aug 28, 2009 10:48 am

Salam waniyan aku kadak ada pokok vanila tapi ada niring masa maha 2008 ada jual sepokok RM25 kena beli 1000 pokok,tapi tak perasan kt mana boleh beli sepokok angaran RM25 nt ada aku madahkan


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 7:07 am; edited 2 times in total (Reason for editing : mambujuri)
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Tue Sep 01, 2009 10:57 am

Maklumat khasiat daun gaharu boleh mengubat berbagai penyakit kerana antibodi yang kuat serta dapat mengurangkan atau mengubati kanser payudara.Daun mudanya pula boleh dijadikan TEH untuk minuman yang berkhasiat
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Tue Sep 01, 2009 10:59 am

Maklumat gaharu lawati http://www.dapat.net/agrotechsupplyandservices
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by hasbima@abe Tue Sep 01, 2009 11:08 am

tarima kasih atas info
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Atong Tue Sep 01, 2009 11:15 am

gua ada sepuhun gaharu

pasal duduk atas bukit

3 tahun lagi boleh suntik


sudah gaharu cendana pula

sudahlah tak tahu tak mau bertanya pula



~Atong~umpat membaca maklumat
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by hasbima@abe Tue Sep 01, 2009 11:54 am

razaki allah
dari langit
bumi
dan lautan

mun bersyukur kina di tambahi Nya pulang.
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Tue Sep 01, 2009 2:54 pm

Atong kayo kau ada sepohon kena pulak chandan gunung fuh 100K per KG
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Atong Tue Sep 01, 2009 2:57 pm

bat gua dimintak dari cinak

cendana apa sakok

cendana sembahyang cinak kot


~Atong~biasak jer
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by hasbima@abe Tue Sep 01, 2009 3:20 pm

kaya pang atong lapas ni
jadi tokeh gaharu
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Wed Sep 02, 2009 7:04 am

Setengah urang silap faham pasal gaharu yang ada setengah pokok dikampong atau pingiran hutan adalah pokok TEJA yang digunakan untuk membuat gaharu/colok atau ubat nyamok. Gaharu yang berkualiti adalah jenis aqualaria malaccensis yang terdapat dihutan2 diMalaysia dan ia adalah spesis yang dilindungi CITES yang memerlukan lesen untuk menjual dan mengambilnya dari hutan. Untuk menanam pokok gaharu tak perlukan lesen buat masa ini cuma mereka yang mengekspot nya yang perlu lesen. Pembekal saya adalah mereka yang terdiri dari Syarikat yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri berasaskan gaharu


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 7:05 am; edited 1 time in total (Reason for editing : mambujuri)
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Maklumat Gaharu Ehsan dari Pembekal

Post by Don Wed Sep 02, 2009 7:36 am

Merealisasikan Industri Gaharu bermula Dari Penanaman Pokok Karas
Secara Ladang Di Malaysia


Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang
begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya
boleh mencecah sehingga RM14,000 -
RM20,000
sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua
hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam
kepupusan.

Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat
mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga
negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita
patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita
dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang
tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati.
Wajar, agensi - agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan
fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha
menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun
dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga
penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi
juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia
kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok karas, mungkin ada berita
gembira. Mulai tahun hadapan (2007),
teknologi dalam penghasilan gaharu akan dibawa masuk ke negara kita. Usaha
menjemput Prof. Blanchette oleh satu
agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak
menanamnya, teknologi tiada makna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor
harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah
tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko
yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas
7 tahun
pelaburan.

bermutu.
Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi
pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis Pertamanya, pemilihan anak benih
sering menjadi persoalan. Ada
yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya
kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti
semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza
dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan
membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit
dan diganggu.
Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok
yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk
menghasilkan gaharu yang lebih adalah
merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6'
atau 10'x10'
menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi
adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek
yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman
herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun,
suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu
diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di
dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh
fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok
menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000
- RM18,000
. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin
tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000
sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000
pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang
menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat
untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi
yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di
negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

FAKTA GAHARU

Pengenalan Pokok Karas

Aquilaria
spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae. Pokok yang telah matang akan
membesar sehingga 40 meter tinggi dan
berdiameter 40cm. Pokok Karas di
hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas
kecederaan pokok. Terdapat 15 spesis dari
genus Aquilaria
mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri
mempunyai 5 spesis yang amat
berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A.
Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
Hidup di kawasan
tanah pamah sehingga ketinggian 750
m dari aras laut
, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang
tinggi. Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan
Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.



Senario di dalam Industri Gaharu

Permintaan
untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan,
menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu
dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura,
Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan
.
Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 -
18 ribu sekilogram
untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran
untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih
belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
Asia
Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3
million
ke Arab Saudi dan bekalan
hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran
.(sumber: TRAFFIC
International 2002). Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada
hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus
diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu. Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di
negara lain seperti Indonesia,
Thailand
dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat
daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang
Penanaman
pokok karas sesuai dijalankan di



1. Tanah terbiar


2. Kawasan rezab hutan simpan


3. kawasan pembalakan yang telah
diterokai.



4. Dijalankan secara pertanian hutan
ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti
herba dan tanaman komoditi.



5. Dapat menjana hasil ekonomi
masyarakat setempat dan negara dalam



6. Dapat menghijaukan bumi dan
megurangkan pencerobohan kawasan hutan

Penyemaian
Benih. Terdapat 200 spesis pelbagai pokok Herba dan balak dengan lebih 40,000
anak pokok. Pembekal anak pokok seperti tongkat ali, karas (gaharu), sentang,
jati emas, kenerak, kacip fatimah, mas cotek, nilam dan banyak lagi. Anak pokok
karas kami adalah daripada semaian benih
(biji).

Gaharu
mendapat pasaran yang agak luas dengan harga yang tinggi. Tanpa penanaman
secara ladang, industri gaharu di Malaysia akan merosot tanpa bekalan
yang konsisten dimasa akan datang.


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 10:00 am; edited 1 time in total (Reason for editing : mambujuri)
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Wed Sep 02, 2009 7:50 am

Pemprosesan
minyak gaharu, harga minyak gaharu boleh mencecah sehe ingga RM45,000 / kg. (Lokasi :
Kelantan)


POKOK KARAS, GAHARU DAN KEGUNAANNYA

Kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri
daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang
menghasilkan aroma gaharu.

Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam
industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut
wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu
banyak kepada upacara keagamaan Cina,Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea
menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa
sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.


Ciri-Ciri Spesis Aquilaria


NAMA
SAINTIFIK


NEGERI
/ KAWASAN TABURAN SEMULAJADI


CIRI-CIRI

1. Aquilaria Hirta

Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan
Johor


Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi,
permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.


2. Aquilaria Beccariana

Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor)

Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua
daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.


3. Aquilaria Rostrata

Pahang (G. Tahan), habitat gunung.

Urat kedua daun tidak jelas.

4. Aquilaria Malaccencis

Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia,
Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils.


Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur

5. Aquilaria Microcarpa

Johor dan kawasan bakau

Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil
berbentuk hati.

PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS
Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke
pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter
dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%.
Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.

Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya
pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam
volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis
adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna
coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih
bagi setiap buah.

Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan
simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di
ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang
berumur antara 5 – 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi
dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan
Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.

Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6
kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada
teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok
dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan
keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan
tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan
pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh
melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15
sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.

Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain
sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan
dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali
setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan
penyerapan makanan oleh pokok.


TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5
tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu
bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang
dengan jarak antara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat
dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas
dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan
air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp,Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.


Gambar 1 : Proses inokulasi pokok karas

Gambar 2 : Contoh kulat/bakteria yang digunakan dalam
inokulasi


INDUSTRI
PEMPROSESAN GAHARU



Terbahagi kepada dua;

1. Industri Pemprosesan Kepingan Gaharu.

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut
bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan
dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia
adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan
kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan
digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai
atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk
mendapatkan aromanya.

Kebanyakan kerja-kerja mencari dan mencuci gaharu dilakukan oleh
orang asli dan penduduk melayu yang tinggal di pingir-pinggir hutan (Kajian
Unit Ekonomi Hutan). Biasanya harga yang ditawarkan oleh peraih agak murah
kerana kuasa ekonomi mereka dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih
tinggi.


Gambar3 :
Kayu gaharu yang siap diproses bersih (mencuci) menjadi kepingan dan sedia
untuk dipasarkan.


Gambar 4
: Ketulan gaharu yang bernilai tinggi


2. Industri Memproses Minyak Gaharu
Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu, ia juga diproses untuk
dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang
di semenanjung Malaysia
pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar.
Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan
sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan
akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan
kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Gambar 5
: Mesin pengisar kayu gaharu

Gambar 6
: Proses memeram sebelum kayu dimasak

Gambar 6
: Minyak gaharu yang terhasil dari proses penyulingan
.

(Maaf Semua Gambar tidak dapat dilihat atas masalah teknikal)


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 10:08 am; edited 1 time in total
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Jadual Gred di Pasaran.
Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri.
Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman
Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007
yang lalu di Kuala Lipis Pahang.



GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100

Minyak Gaharu

RM 300 – RM 350/ tola (12gm)
1. PERMULAAN PENANAMAN
i)
Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah
digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan
sebanyak 430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).

ii)
Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali
berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan
untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

iii)
Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses
pembesaran.

iv)
Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi
menjaga kelembapan tanah.

v)
Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin
berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang
terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.


2. PENYUNTIKAN ENZIM

i)
Penyuntikan bakteria dilakukan semasa umur pokok karas mencecah 5 tahun atau
diameter batangnya lebih kurang 10cm – 15cm. Proses pertama, batang pokok karas
akan digerudi sehingga 3 – 5 cm dalam dengan ½ inci diameter sebelum disuntik
dengan bakteria.

ii)
Antara jenis –jenis
bakteria yang dikenalpasti ialah
Antara fungi terlibat: Torula
sp., Cladosporium sp., Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii,
and other Aspergillus spp., Botryodiplodia theobromae, Cytosphaera
mangiferae,
Epicoccum granulatum, Fusarium oxysporum, Fusarium
solani
& Chaetonium globosum.

iii)
Penggunaan PVC atau buluh boleh menghalang daripada lubang yang digerudi
tertutup semula. Pokok Karas amat kuat kerana boleh menutup lukanya
dengan cepat.

iv)
Pembentukan
resin gaharu terjadi antara 3 bulan hingga 2 tahun selepas proses suntikan enzim
bakteria. Selepas memastikan gaharu yang terhasil, pokok karas sudah sedia
untuk diambil hasilnya.


3. PENGAMBILAN HASIL GAHARU
Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk
mendapatkan gaharu daripada pokok karas :-

i)
Jika gaharu didapati pada sebatang pokok, maka pokok karas ditebang
keseluruhannya dan bahagian yang terdapat gaharu dipotong segera dan
dibersihkan serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Pokok akan ditebang
kira-kira 50cm dari aras tanah. Cara ini membolehkan pokok karas mengeluarkan
tunas baru bagi mendapatkan hasil kali kedua.

ii)
Jika didapati terdapat gaharu pada dahan pokok karas, hanya bahagian dahan
sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok.

iii)
Pokok karas yang sudah dikenalpasti akan dibiar reput, bahagian ada gaharu
tidak akan reput kerana struktur gaharu adalah lebih keras dari induknya.

iv)
Teras akan diracik dan dibersihkan untuk mengasingkan kayu dan teras gaharu.
Gaharu akan digredkan mengikut warna, bentuk dan bau.


4. PENGHASILAN MINYAK GAHARU

Gaharu yang bermutu rendah akan diproses untuk dijadikan minyak. Minyak dihasilkan
menggunakan kaedah penyulingan. Terdapat 2 jenis kaedah penyulingan:

a)
Kaedah Penyulingan Air

b) Kaedah
Penyulingan Stim


Kaedah Penyulingan Air :
i)
Minyak dihasilkan menggunakan penyuling air.

ii) Di masak sehingga 4 -5 hari.
iii) Digunakan
terutamanya oleh pengamal perubatan tradisi di Kemboja dan India

iv) DiMalaysia, masih ramai yang menggunakan kaedah ini tetapi pengusaha yang besar
telah bertukar kepada kaedah penyulingan stim


Kaedah Penyulingan Stim :
i) Menghasilkan
lebih banyak minyak berbanding penyulingan air

ii) Kayu
karas dikisar halus dan direndam selama 3-7 hari utk memisahkan sel parenkima
dan kalenjar minyak

iii) Sampel
kemudiannya akan disuling didalam radas Clavenger selama 6 jam

iv)
Minyak yang terhasil mengeluarkan aroma gaharu dan mempunyai warna pelbagai
dari perang kehijauan hinggalah ke perang kemerahan gelap


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 10:11 am; edited 1 time in total
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Wed Sep 02, 2009 10:30 am

Sama-sama waw ako udah 2 tahun ikut pakambangan gaharu apa yang ako taho ako madahkan. Mungkin ini lah paluang urang yang batanah nak jadi sugih, nanti hingkat tulak kamakah, mambayar hutang, maulah rumah, mambantu saudara yang kasusahan dan lain-lain yang berkaitan. Amun ako sandiri kadak sugih dan kada batanah. Ako tolong jualkan anak pokok dan mambari info tantang pananaman pokok gaharu mengikut apa yang ako taho.


Last edited by Don on Wed Sep 02, 2009 10:32 am; edited 1 time in total (Reason for editing : manambah)
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Atong Wed Sep 02, 2009 10:35 am

puhun apa lagik yang bagus ditanam????


~Atong~hendak menanam durian D24 tapi kadak mayuk tanah
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Don Wed Sep 02, 2009 10:50 am

Kita cari pohon yang boleh dijual walau pon ada sepokok ,kalau pokok jarak nk kena ada beberapa tan hasil baru kilang terima
Don
Don
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 133
Points : 145
Join date : 26/08/2009
Location : Puchong

http://www.dapat.net/beyondtrainingcenter

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Atong Wed Sep 02, 2009 11:03 am

mari kita tanam emas

puhun emas cotek

ada pasaran???


~Atong~jangan lupa tanam gak saham akhirat
atong atong atong
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by hasbima@abe Wed Sep 02, 2009 5:39 pm

jom kita berbudi pada tanah

apabila ribut melanda..pokok-pokok akan tumbang binasa
tidak pada tanah
kelak di atasnya akan tumbuh pohon-pohon yang baru

tanam apa haja nang bermanafaat dan boleh jadi D U I T
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan Empty Re: Tanaman Gaharu/Depu boleh jadi Jutawan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum