Forum&Chat mypbm
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

banjar dalam sejarah di malaysia

+3
*ROSMAH*
akulazmi89
AJ
7 posters

Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty banjar dalam sejarah di malaysia

Post by AJ Wed Jan 06, 2010 2:47 am

assalam...

mari kita kumpulkan bahan sejarah dari mana jua sumber yg melibatkan urang banjar di malaysia.

rasanya bagus hagan sumber rujukan ilmiah dan bagi menaikkan semangat patriotisme di bumi bertuah tampat kita lahir..

antara contoh: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by akulazmi89 Wed Jan 06, 2010 2:04 pm

bagaimana orang banjar boleh smpai di malaysia?? : Cool
akulazmi89
akulazmi89
Gurkha

Posts : 10
Points : 12
Join date : 05/01/2010
Age : 35
Location : BATU PAHAT, JOHOR

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by akulazmi89 Wed Jan 06, 2010 2:06 pm

AJ wrote:assalam...

mari kita kumpulkan bahan sejarah dari mana jua sumber yg melibatkan urang banjar di malaysia.

rasanya bagus hagan sumber rujukan ilmiah dan bagi menaikkan semangat patriotisme di bumi bertuah tampat kita lahir..

antara contoh: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei



diharap dapat bersama2 berkongsi ilmu tntang budaya banjar ini.. salam kekulaan..
akulazmi89
akulazmi89
Gurkha

Posts : 10
Points : 12
Join date : 05/01/2010
Age : 35
Location : BATU PAHAT, JOHOR

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by *ROSMAH* Wed Jan 06, 2010 3:57 pm

akulazmi89 wrote:bagaimana orang banjar boleh smpai di malaysia?? : Cool

Ca baca intang thread Kak Ros .." Laluan sungai dan timbul nya nama Dandan setia" di Bahasa paninian..
Mungkin hingkat saikit manolongi mancari asal kadatangan banjar ka Malaysia..
*ROSMAH*
*ROSMAH*
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 6093
Points : 6137
Join date : 29/05/2009
Age : 67

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by AJ Thu Jan 07, 2010 12:49 am

aaa
Peninian
Mon Jan 4, 2010 3:39pm
120.141.31.169

Matang Kunda, Bagan Datu',
Datuk Penghulu Laksamana Hj. Saman.
Membuka hutan di Bagan Datu' awal tahun 1900
banjar dalam sejarah di malaysia 19396005

banjar dalam sejarah di malaysia 28384372
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by AJ Thu Jan 07, 2010 12:52 am

di bagan dato' ada muzium mini sejarah berkaitan banjar di rumah hassan adli...
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by hasbima@abe Fri Jan 08, 2010 12:46 am

umpat bamandak

manering terimakasih atas info -aj
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by Atong Fri Jan 08, 2010 9:44 am

belajar ler dari sejarah

banjar jangan bepacah belah
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by dragon Sat Jan 09, 2010 3:10 am

copy&paste matan wikipedia:

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar,
Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut
ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung
isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama
dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut
belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten
yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan
Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid
Khaujakan di Batu Pahat , Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh
atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan
seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang
kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

baca selanjutnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Salleh_bin_Abdul_Karim
dragon
dragon
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 4129
Points : 4147
Join date : 15/06/2009
Age : 45
Location : Batu Pahat

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by AJ Fri Jan 29, 2010 3:06 pm

SEJARAH MIGRASI ORANG BANJAR KE MALAYSIA

MIGRASI ORANG BANJAR PADA DUA
ZAMAN*


Makalah ditulis oleh : Dr.Mohamed Salleh Lamry**
tunjeram
(tun_jeram@yahoo.com).


Kertas kerja ini
bertujuan untuk meninjau proses migrasi orang Banjar dari Kalimantan
Selatan ke Semenanjung Malaysia pada dua zaman: pada awal abad ke-20 dan
pada masa kini. Pada awal abad ke-20 migrasi orang Banjar ke
Semenanjung Malaysia berlaku secara besar-besaran, tetapi pada masa kini
secara kecil-kecilan sahaja. Untuk memahami perbezaan tersebut, kertas
kerja ini terutamanya ingin membincangkan faktor-faktor yang mendorong
orang Banjar bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada abad ke-20 dan
faktor-faktor apa pula yang tidak mendorong orang Banjar bermigrasi ke
Semenanjung Malaysia pada masa kini. Kertas kerja ini menghujahkan
bahawa orang Banjar bermigrasi secara beramai-ramai ke Semenanjung
Malaysia pada awal abad ke-20, kerana adanya “faktor penolak” seperti
keresahan politik dan tekanan penjajah Belanda di Kalimantan Selatan,
dan “faktor penarik” seperti peluang membuka dan memiliki tanah di
Semenanjung Malaysia. Pada masa kini “faktor penolak” dari Kalimantan
Selatan, seperti kemiskinan dan tekanan ekonomi mungkin masih ada. Akan
tetapi, “faktor penarik” dari Semenanjung Malaysia sudah tidak ada lagi.
Walaupun kini di Semenanjung Malaysia terdapat banyak peluang
pekerjaan, tetapi pekerjaan yang terbuka untuk para migran ialah
pekerjaan sebagai kuli yang rendah statusnya. Di samping itu, orang
Banjar kini mempunyai banyak tempat pilihan untuk mereka bermigrasi.

Pengenalan

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 migrasi dari Indonesia ke
Semenanjung Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu pada waktu itu) berlaku
secara besar-besaran. Pelbagai suku bangsa dari Indonesia, seperti Jawa,
Banjar, Bugis dan Boyan (Bawean) serta orang Sumatera, seperti
Minangkabau, Aceh, Mandailing, Korinci, Palembang dan Jambi telah
bermigrasi ke Tanah Melayu. Antara tujuan mereka datang ialah untuk
merebut peluang ekonomi yang terbuka luas pada masa itu, khasnya untuk
bekerja sebagai buruh di perkebunan asing atau untuk membuka tanah
sebagai petani kecil. Mengikut Banci (sensus) Penduduk Malaya tahun
1947, yang paling ramai datang ke Semenanjung Malaysia pada masa itu
ialah orang Jawa, sementara orang Banjar adalah yang kedua ramai selepas
orang Jawa.

Pada masa kini, migrasi orang Jawa, bersama-sama dengan orang Madura dan
Boyan ke Semenanjung Malaysia masih berterusan. Orang Jawa masih
merupakan kumpulan etnik terbesar yang bermigrasi ke Semenanjung
Malaysia mulai tahun 1970-an. Pada masa yang sama, orang yang berasal
dari pulau yang agak jauh dari Malaysia, seperti orang Lombok dan Flores
juga ramai yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia. Kedua-dua kumpulan
etnik yang terakhir ini terutamanya datang untuk bekerja di sektor
perkebunan.

Akan tetapi, migrasi orang Banjar ke Semenanjung Malaysia nampaknya
tidak berterusan. Terlalu kurang sekali orang Banjar dari Kalimantan
Selatan yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia dalam era 1970-an hingga
kini. Jika ditemui sebilangan kecil pekerja migran Banjar dari
Indonesia, mereka bukan berasal dari Kalimantan Selatan, tetapi umumnya
dari Riau dan Jambi atau Sumatera Utara. Orang Banjar dari Kalimantan
Selatan dikatakan bukan tidak ada yang bermigrasi ke luar negara. Akan
tetapi destinasi mereka kini ialah Mekah dan Madinah, dan mungkin juga
Sabah dan Sarawak; bukan Semenanjung Malaysia. Di samping itu, mereka
yang bermigrasi ke luar negara mungkin merupakan golongan kecil sahaja
berbanding dengan mereka yang tidak meninggalkan tanah air mereka.

Oleh yang demikian, makalah ini ingin meninjau migrasi orang Banjar ke
Semenanjung Malaysia pada dua zaman: pada awal abad ke-20 dan pada masa
kini. Persoalan utama yang akan dibincangkan ialah mengapa ramai orang
Banjar yang bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada awal abad ke-20, dan
mengapa pula sedikit sekali orang Banjar yang bermigrasi ke Semenanjung
Malaysia pada masa kini? Untuk menjawab persoalan tersebut, akan
diteliti faktor-faktor yang menyebabkan orang Banjar bermigrasi
beramai-ramai ke Semenanjung Malaysia pada awal abad ke-20, dan
faktor-faktor apa pula yang menyebabkan orang Banjar kurang sekali
bermigrasi ke Semenanjung Malaysia pada masa kini.

Bagaimanapun, sebelum meninjau migrasi orang Banjar pada awal abad
ke-20, mungkin ada baiknya jika ditinjau lebih dahulu secara ringkas
migrasi orang Banjar ke Semenanjung Malaysia pada akhir abad ke-19.

Migrasi pada Akhir Abad ke-19

Sebenarnya tidaklah dapat dipastikan bilakah tarikh paling awal orang
Banjar dari Kalimantan Selatan bermigrasi ke Tanah Melayu. Mengikut
Tajuddin Noor Ganie (2004) pada tahun 1780 dan 1862 telah berlaku
migrasi orang Banjar secara besar-besaran ke pulau Sumatera. Orang
Banjar yang menjadi migran pada tahun 1780 itu ialah para pendukung
Pangeran Amir yang menderita kekalahan dalam perang saudara antara
sesama bangsawan kerajaan Banjar, iaitu raja usurpatur Pangeran
Tahmidullah. Mereka mesti melarikan diri dari wilayah kerajaan Banjar,
kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhi hukuman mati. Yang
menjadi migran pada tahun 1862 pula ialah para pendukung Pangeran
Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka mesti melarikan diri dari
pusat pemerintahan Banjar di kota Martapura, kerana kedudukan mereka
sudah terdesak sedemikian rupa. Pasukan Residen Belanda sudah berjaya
menguasai kota-kota besar di wilayah kerajaan Banjar. Pangeran Antasari
sendiri sudah memindahkan pusat perlawanannya ke daerah Muara Teweh, di
Kalimantan Tengah. Dalam hal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
sebahagian orang Banjar yang bermigrasi ke pulau Sumatera itu kemudian
telah bermigrasi pula ke Tanah Melayu. Akan tetapi, bilakah tarikh
paling awal mereka bermigrasi ke Tanah Melayu tidaklah diketahui.

Namun, berdasarkan maklumat yang diberi oleh beberapa orang informan
dipercayai di sekitar tahun 1870-an sudah ada orang Banjar yang sampai
ke Tanah Melayu (Ghazali Basri 1974/75: 9). Seperti yang dibayangkan
oleh Ganie (2004) kedatangan orang Banjar pada masa itu banyak didorong
oleh pergolakan politik yang berlaku di negeri Banjar, khasnya
penaklukan Belanda ke atas kerajaan Banjar pada tahun 1860.

Mengikut Ghazali Basri (1974/75: 9) sebagai reaksi kepada penaklukan
Belanda itu ramai golongan pembesar, terutamanya golongan Pangeran dan
Gusti yang melarikan diri ke hutan-hutan untuk melakukan serangan balas
terhadap Belanda. Mereka yang mahu bekerjasama dengan Belanda dilantik
menjadi pegawai atau pembesar dalam pemerintahan Belanda di Banjar,
tetapi pihak yang menentang atau tidak mahu bekerjasama sentiasa diburu
oleh Belanda. Oleh kerana terus diburu oleh Belanda, ramai yang
meninggalkan negeri Banjar dan berhijrah ke tempat lain. Pada mulanya
mereka berhijrah ke satu tempat bernama Tongkal di pantai timur pulau
Sumatera. Kemudian sebahagiannya menyeberangi Selat Melaka lalu membuat
penempatan di Semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang pembesar Banjar yang terawal sampai ke Tanah Melayu ialah
Gusti Anang. Beliau dikatakan datang ke Tanah Melayu di sekitar tahun
1880-an dan mula-mula tinggal di Batu Pahat, Johor Kemudian beliau
berpindah dan menetap di daerah Krian, Perak sehingga meninggal dunia
pada awal tahun 1973. Semasa hayatnya beliau pernah berulang-alik ke
Banjar tidak kurang daripada tiga kali (Ghazali Basri 1974/75: 9).

Mengikut Ghazali Basri (1974/75: 10) lagi ketika dia melakukan kajiannya
pada pertengahan tahun 1970-an, orang-orang Banjar keturunan Pangeran
masih terdapat di kampung Banjar, Teluk Intan, Perak. Orang-orang
keturunan Gusti pula masih terdapat di Bagan Datoh, Perak, di Sungai
Besar, Selangor dan di Batu Pahat, Johor. Antara saki baki keturunan
kerabat di Raja Banjar itu ialah keluarga Gusti Noh di Bagan Datoh, dan
keluarga Gusti Idris di Sungai Besar.

Pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua, keturunan Pangeran dan Gusti itu
dikatakan sangat dihormati oleh orang-orang Banjar di Semenanjung Tanah
Melayu, kerana status mereka yang tinggi. Akan tetapi, pada masa kini
penghormatan sedemikian sudah tidak ada lagi. Antara sebabnya ialah
kebanyakan keturunan Pangeran dan Gusti itu tidak berharta. Hal ini
demikian, kerana ketika mula-mula datang ke Tanah Melayu dahulu, para
pengikut mereka bekerja keras untuk memperoleh seberapa banyak tanah
untuk dijadikan harta. Sebaliknya, golongan Pangeran dan Gusti itu tidak
berbuat demikian, dan hanya berpuas hati dengan penghormatan dan
sedikit pemberian daripada pengikut mereka.

Migrasi pada Awal Abad ke-20

Mengikut Tajuddin (2004) orang Banjar sekali lagi melakukan migrasi
secara besar-besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. Antara sebabnya
ialah Sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Banjar ketika itu telah
mati shahid di tangan pasukan tentera Belanda. Mereka terpaksa
melarikan diri, kerana tidak mahu hidup di bawah pemerintahan Belanda.
Di antara mereka yang melarikan diri ke pulau Sumatera itu tentu ada
yang berhijrah pula ke Semenanjung Tanah Melayu seperti pada masa
sebelumnya.

Pada masa yang sama, ada pula orang Banjar yang terus berhijrah ke
Semenanjung Tanah Melayu, kerana mengikut Hasan Basri (1988: 47) di
samping pulau Sumatera, Tanah Melayu adalah tumpuan utama penghijrahan
orang-orang Banjar pada masa itu.

Oleh yang demikian, mengikut banci penduduk Malaya tahun 1911, pada
tahun tersebut sudah ada 21,227 orang Banjar di Tanah Melayu. 81%
daripada mereka tinggal di Perak, 13.5% di Selangor dan 3.7% di Johor.
Orang Banjar ada juga dinegeri-negeri lain, tetapi bilangannya tersangat
kecil. Lebih 88% orang banjar di Perak tinggal di daerah Krian,
sementara kebanyakan orang Banjar di Selangor pula tinggal di Kuala
Langat (Tunku Shamsul Bahrin 1964: 150).

Pada tahun 1921 orang Banjar di Tanah Melayu meningkat hampir 80%
menjadi 37,484 orang. Peningkatan paling besar berlaku di Johor, dari
782 orang pada tahun 1911 menjadi 8,365 orang pada tahun 1921.
Kebanyakan orang Banjar di Johor ditemui di Batu Pahat (5,711 orang) dan
di Kukub (1,166 orang). Di Perak peningkatan orang Banjar berlaku di
daerah Hilir Perak, sementara di Selangor pula berlaku di daerah Kuala
Selangor (Tunku Shamsul Bahrin 1964: 151).

Antara tahun 1921 hingga 1931 penduduk Banjar di Tanah Melayu bertambah
7,503 orang menjadi 45,351 orang. Perak, Johor dan Selangor masih
merupakan tiga negeri di mana bilangan orang Banjar paling ramai. Dalam
tiga negeri inilah tinggal 96% orang Banjar di Tanah Melayu.
Bagaimanapun, dalam period itu berlaku sedikit perubahan dalam taburan
orang Banjar di Tanah Melayu. Jika sebelum itu, lebih 50% orang Banjar
tinggal di Perak, pada tahun 1931, bilangan orang Banjar di negeri itu
telah berkurang. Sebaliknya, bilangan orang Banjar di Johor dan Selangor
telah bertambah, kerana sebahagian orang Banjar di Perak telah
berpindah ke Johor dan Selangor yang mengalami pembangunan ekonomi yang
lebih pesat.

Antara tahun 1931 dan 1947, walaupun berlaku krisis ekonomi pada awal
tahun 1930-an dan kekacauan pada zaman pendudukan Jepun, orang Banjar di
Tanah Melayu terus meningkat pada kadar 2.5% setahun. Bagaimanapun,
dalam period ini, pengurangan penduduk Banjar telah berlaku di Johor,
khasnya di daerah Batu Pahat, di mana mereka sebelumnya mengusahakan
kebun kecil getah. Sebahagian daripada mereka berpindah ke pulau
Sumatera, sementara sebahagian lagi berpindah ke kawasan padi di Kuala
Selangor, Krian dan Hilir Perak, dengan tujuan untuk mengelakkan
kebuluran. Dengan perpindahan mereka ini, penduduk Banjar di Perak
meningkat kembali sehingga melebihi 50% daripada keseluruhan penduduk
Banjar di Semenanjung Tanah Melayu (Tunku Shamsul Bahrin, 1964: 153).

Secara umum migrasi orang Banjar dikatakan mempunyai pola yang
konservatif, ertinya mereka tetap bertani dan melakukan pekerjaan yang
serupa dengan pekerjaan yang mereka lakukan di kampung halaman mereka
(Mochtar Naim 1984: 298). Hal ini memang benar bagi orang Banjar yang
bermigrasi ke Tanah Melayu. Kebanyakan orang Banjar yang tinggal di
Krian, Hilir Perak dan Kuala Selangor adalah penanam padi, walaupun ada
juga yang mengusahakan kebun kecil kelapa atau getah. Kebanyakan orang
Banjar di Batu Pahat pula mengusahakan kebun kecil kelapa atau getah,
tetapi ada juga yang bersawah padi. Pada masa permulaan, orang Banjar
dianggap sebagai kelompok yang terbaik dalam hal membuka hutan dan
menggali parit (Mochtar Naim 1984: 43-44).

Mengenai faktor yang mendorong orang Banjar bermigrasi, adalah menarik
kita meneliti pendapat tiga pengkaji yang berikut: Mochtar Naim (1984),
Hasan Basri (1988) dan Tunku Shamsul Bahrin (1964).

Mengikut pendapat Mochtar Naim (1984:42)

Walaupun orang Bugis, Banjar dan Bawean (Boyan) datang dari pulau-pulau
yang berlainan, mereka nampaknya mempunyai sikap yang hampir serupa
mengenai migrasi. Mereka terdorong untuk bermigrasi bukan kerana alasan
adat atau pola-pola sosial, melainkan kerana tekanan ekonomi dan
peperangan.

Bagaimanapun, antara “tekanan ekonomi dan peperangan” itu, Mochtar Naim
mungkin (1984: 287) lebih menekankan faktor ekonomi, apabila dia
menyatakan di tempat lain:

Kehadiran sejumlah besar orang-orang Bugis dan Banjar di daerah-daerah
Pesisir Timur Sumatera dan di Malaysia kelihatannya lebih bermotifkan
ekonomi daripada dorongan sosial yang terbit dari sistem sosial mereka
masing-masing di Sulawesi Selatan dan Kalimantan Selatan.

Jika pendapat Mochtar Naim ini kita kaitkan dengan tahap-tahap migrasi
orang Banjar, kita mungkin boleh mengatakan bahawa migrasi orang Banjar
pada peringkat awal hingga akhir abad 19 lebih banyak didorong oleh
faktor peperangan. Sebaliknya, migrasi orang Banjar mulai awal abad
ke-20 lebih banyak didorong oleh faktor ekonomi.

Pendapat Hasan Basri tidaklah begitu berbeza daripada pendapat Mochtar
Naim. Berdasarkan penelitiannya terhadap migrasi orang Banjar ke
Surakarta, beliau berpendapat (Hasan Basri 1988: 49):

motif migrasi orang Banjar ke Jawa lebih banyak disebabkan oleh faktor
ekonomi. Selagi motif utama migrasi adalah ekonomi, maka mudah diduga
bahawa para migran menuju ke daerah-daerah yang mempunyai ekonomi baik,
setidak-tidaknya menurut persepsi para migran.”

Bagaimanapun, motif ekonomi itu mungkin merupakan faktor yang penting
bagi migrasi yang bermula pada awal abad ke-20. Bagi migrasi pada
permulaan dan akhir abad ke-19, motif ekonomi kelihatannya perlu
ditinjau kembali, kerana daerah asal migran, seperti Banjarmasin,
Amuntai, Kandangan, Barabai dan Tanjung ternyata memiliki potensi
ekonomi yang cukup baik. Kesemua daerah itu adalah daerah penghasil
beras utama di Kalimantan Selatan.

Oleh itu,bagi migrasi orang Banjar pada permulaan dan akhir abad ke-19,
Hasan Basri (1988:52-53) berpendapat:

faktor geografi dan ekonomi dapat dipandang sebagai faktor yang
potensial tetapi tidak mendorong, sedangkan faktor keresahan politik
menjadi kekuatan migrasi yang efektif mendorong.

Hasan Basri membayangkan “keresahan politik” itu timbul akibat perebutan
takhta di kalangan keluarga raja, penaklukan kerajaan Banjar oleh
penjajah Belanda dan pengenaan pelbagai cukai yang membebankan rakyat
sejak penjajah Belanda campur tangan dalam pemerintahan Banjar.
Keresahan politik itu mendorong orang Banjar meninggalkan negeri mereka
pada akhir abad ke-19.

Sementara itu, Tunku Shamsul Bahrin (1964: 47-49) menekankan peluang
ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, khasnya peluang memiliki tanah
yang telah disediakan dengan sistem pengairan, sebagai satu faktor yang
“menarik” orang-orang Indonesia, khasnya orang Banjar untuk datang ke
Tanah Melayu. Pada masa yang sama, pelbagai cukai yang membebankan, yang
dikenakan oleh pemerintah Belanda, seperti cukai kerja (labour tax),
cukai tanah, cukai poll, dan cukai peribadi, telah “menolak” orang-orang
Indonesia supaya meninggalkan tanah air mereka dan berhijrah ke
Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam kes orang Banjar, apa yang menarik ialah mereka terus menetap di
Tanah Melayu setelah berusaha membuka tanah dan membuat kampung halaman
di negara ini. Dengan itu, kawasan yang menjadi tumpuan migrasi orang
Banjar pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dahulu, seperti daerah
Krian dan Perak Tengah (Perak), Kuala Selangor dan Sabak Bernam
(Selangor) dan Batu Pahat (Johor) terus kekal sebagai penempatan utama
AJ
AJ
Mejar
Mejar

Posts : 1479
Points : 1850
Join date : 22/05/2009
Age : 51
Location : serdang/putrajaya/enstek_nilai

http://www.kulaan-aj.blogspot.com

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by Atong Fri Jan 29, 2010 3:33 pm

sepanggal lagik mana????
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by hasbima@abe Fri Jan 29, 2010 3:56 pm

tarima kasih ats info oleh Dragon
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by hasbima@abe Fri Jan 29, 2010 3:57 pm

tarima kasih ats info oleh Dragon
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by Atong Fri Jan 29, 2010 4:02 pm

info oleh aj??

depayah makasey???


dragon lagik cutik raya hinduk
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by hasbima@abe Fri Jan 29, 2010 4:04 pm

balum tahaga urang banjar di Rantau Panjang, Kelantan
hasbima@abe
hasbima@abe
Leftenen Jeneral
Leftenen Jeneral

Posts : 15609
Points : 15721
Join date : 13/06/2009
Age : 62
Location : tamaloh

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by Atong Fri Jan 29, 2010 4:13 pm

cuba hang carik kat kuboq panjang
Atong
Atong
Mejar Jeneral
Mejar Jeneral

Posts : 8268
Points : 8310
Join date : 22/05/2009
Location : Alam Maya (Kuala Lumpur)

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by dragon Sat Jan 30, 2010 1:37 am

sapa raya hindu?
aku bagawi, kompani kada maambil thaipusam...
dragon
dragon
Brigedier Jeneral
Brigedier Jeneral

Posts : 4129
Points : 4147
Join date : 15/06/2009
Age : 45
Location : Batu Pahat

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty pantun bahari

Post by azhar Tue Jul 12, 2011 11:34 am


As' salam,

Izinkan aku barkongsi dua buah pantun bahari banjar, samoga kita dapat melestarikan budaya dan bahasa banjar tercinta, insya'allah.

Burung Piungut Burung Piuling
Tarabang Tinggi Hinggap Ka-Judah
Unggut-unggut Paragah Gareng
Karindangan, Supan Bapadah.

Usir-usir si-ular Lidik
Bukah Ka-lubang Di tanah Liat
Kisir-kisir Handak Ba-bini
Duit Sahubang Kadak Ma-Liat

azhar
Guest


Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by KHAIRY Sat Jul 23, 2011 1:22 am

UNGGUT UNGGUT PERAGAH GARING
HANDAK KAWIN SUPAN BEPADAH.

AMPAR-AMPAR PISANG
PISANG KU BALUM MASAK
.......................................?
..........................................?

KHAIRY
Lans Koperal
Lans Koperal

Posts : 106
Points : 140
Join date : 29/06/2010

Back to top Go down

banjar dalam sejarah di malaysia Empty Re: banjar dalam sejarah di malaysia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum